Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Post pertama saya ini, saya akan berkongsi tentang pengalaman saya bagi persiapan percutian saya, suami dan anak-anak ke Korea.
Ini bukanlah percutian saya ke luar negara tetapi lebih kepada pengalaman pertama kami sekeluarga 5 beranak.
7 tahun dulu saya bercuti 3 beranak saja, maka tak menjadi masalah untuk membuat segala persediaan dan perancangan. Kali ini agak memeningkan sedikit haha.
Apa yang anda perlu tahu atau fikirkan sebelum anda mahu merancang percutian anda lebih lagi ke negara luar?
1. Bajet keseluruhan percutian
2. Negara yang ingin dilawati
3. Tujuan percutian (sight seeing / shopping)
4. Mengikut tour atau self-tour
5. Travel agent pilihan (jika mahu mengikut travel agent)
6. Penginapan
7. Pengangkutan (airport - penginapan - airport)
8. Tempat yang ingin dilawati
9. Kemudahan pengangkutan awam
Di atas adalah antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan sebelum membuat sebarang perancangan untuk percutian di luar negara.
Jika anda memilih untuk travel bersama agency ia pasti lebih mudah dan anda tak perlu fikir tentang item 6 sehingga item 9.
Saya akan berkongsi lebih lanjut lagi pada coretan akan datang.
Till then.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment